Cara Menunaikan Solat Ketika Sakit

PanduanSolatPesakit1

Ramai diantara kita tidak tahu cara menunaikan Solat ketika sakit sedangkan kita mampu menunaikannya. Berikut adalah panduan atau cara untuk menunaikan solat. Semoga bermanfaat untuk semua.

Panduan Pertama

1.  SOLAT SAMBIL DUDUK

  • Keadaan duduk adalah seperti duduk antara 2 sujud.
  • Mengadap kiblat.
  • Niat, takbir, sujud dan duduk tahiyat awal/akhir adalah sama seperti solat biasa.
  • Rukuk dilakukan dgn menundukkan kepala sehingga kedudukannya bertentangan dengan tempat sujud.
  • Iktidal pula dilakukan dgn mengangkat kepala tegak semula.
  • Sujud spt biasa. Namun, jika tak mampu, bolehlah dgn menundukkan kepala rendah sedikit daripada tunduk ketika rukuk.

 

2. SOLAT BARING MENGIRING

  • Mengiring di atas rusuk kanan.
  • Muka dan dada mengadap kiblat.
  • Rukuk dan sujud dilakukan dgn cara menunjukkan isyarat kepala. Tundukkan kepala  semasa rukuk, sementara sujud dilakukan dgn menundukkan kepala lebih rendah drp ketika rukuk.
  • Jika tidak mampu, bolehlah menggunakan isyarat kelopak mata bagi rukuk, manakala sujud dengan isyarat menutup mata.

 

3. SOLAT BARING MELENTANG 

  • Baring melentang dan kakinya diluruskan ke arah kiblat
  • Tinggikan sedikit kepala dgn menggunakan bantal (atau seumpamanya) supaya muka mengadap kiblat.
  • Rukuk dan sujud dengan isyarat kelopak mata spt dalam suasana solat mengiring di atas
  • Jika tidak terdaya, bolehlan rukuk dan sujud dgn cara lintasan (niat) di hati dengan mengingati setiap perbuatan dalam solat.
  • Tangan diangkat sepertipt biasa ketika takbir. Jika tidak berdaya, memadai dgn ucapan Allahu Akbar sahaja.

 

4. SOLAT SECARA MELAKUKAN ISYARAT KELOPAK MATA
  • Berada dalam keadaan berbaring sambil terlentang.
  • Kaki menghala ke arah kiblat.
  • Rukuk dilakukan dengan menggerakkan kelopak mata, manakala sujud pula dilakukan dengan memejamkan mata.

 

5. SOLAT SECARA INGAT DI DALAM HATI
  • Menggerakkan ingatan di dalam hati menurut tertib solat.

 

Atau

Panduan Kedua

panduan soalat ketika sakit

Komen

comments

2 Comments

  1. faradiana

    07/03/2014 at 11:01 am

    MOHON SHARE

    • admin

      07/03/2014 at 12:29 pm

      Silakan..Semoga memberi manfaat buat semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.