Caliph Buskers Keluar Single Baharu Kaulah Dia

Kaulah-Dia-Artwork

SELEPAS meraih kejayaan layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) menerusi single sulung mereka Hanya Namamu, kini kumpulan Caliph Buskers tampil dengan single terbaharu mereka yang berjudul Kaulah Dia.

Kaulah Dia merupakan ciptaan dan terbitan sepenuhnya komposer Edry Abdul Halim dan secara rasmi dilancarkan hari ini buat peminat yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan buat mereka sejak membuat kemunculan pertama di pentas AJL mengiringi kumpulan Mojo, tahun lalu.

Membawa genre pop kontemporari, Kaulah Dia menunjukkan kemampuan vokal Azmi selaku vokalis yang semakin meningkat naik dan setara dengan penyanyi-penyanyi hebat lain.

Selain Azmi, Caliph Busker turut dianggotai Nirwan, Zaki, Fendy dan Rubiana.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.