Budak dirempuh lori

ORANG ramai mengangkat Muhamad Haziq Syahmi ke HRPZ II, semalam.

ORANG ramai mengangkat Muhamad Haziq Syahmi ke HRPZ II, semalam.

Kota Bharu: “Saya nak keluar dengan kawan sekejap,” kata Muhamad Haziq Syahmi Che Mohd Zahari, 10, kepada ibunya sebelum dia terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Pasir Pekan dekat sebuah pasar raya di Tumpat, petang semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 petang itu, murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan terbabit dirempuh sebuah lori dipercayai ketika melintas jalan.

Akibatnya, dia parah di kepala dan tidak sedarkan diri sebelum dihantar orang ramai ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

Ibu Muhamad Haziq Syahmi, Che Zurita Che Soh, 38, berkata, sebelum kejadian anak ketiga daripada empat beradik itu memaklumkan kepada ibunya dia mahu keluar bersama rakan.

“Saya berada di dapur ketika itu dan ada seorang rakannya datang ke rumah di Taman SBJ Putra, Pasir Pekan. Mereka kemudian keluar dengan mengayuh basikal kerana mahu membeli barang.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.