Bos Raih Kemenangan Kelima LTdL 2014

FW317448_LTDL04_060314_LTDL-lprMARANG – Pelumba Belanda Theo Bos meneruskan penguasaan dengan meraih kemenangan ketiga bagi peringkat dan kemenangan kelima dalam Le Tour de Langkawi (LTdL) selepas memenangi peringkat 8 hari ini.

Bos dari pasukan Belkin-Pro Cycling Team memastikan tempat teratas dengan melakukan pecutan konsisten untuk mendahului pelumba Itali Andrea Guardini (Astana Pro Team) dan Kenny van Hummel (Androni Giocattoli-Venuzuela).

Rakan sepasukannya sekali lagi memainkan peranan bagi membantu kemenangannya dengan memastikan kedudukannya tidak tergugat sehingga ke garisan penamat sepanjang perlumbaan sejauh 202.2km dari Kuantan ke Marang dengan catatan 5 jam, 01 minit dan 58 saat.

“Ketika pada jarak 2km terakhir, berlaku pelanggaran. Saya melihat ia berlaku dan sempat mengelak dengan bergerak sedikit ke sebelah kanan. Saya hampir terjatuh tetapi nasib baik tidak terjatuh.

“Graeme Brown melihatnya dan menunggu dan saya berpatah balik. Ia merupakan usaha keras dan kemudiannya saya menunggu sebentar dan selepas itu kami meneruskannya,” katanya.

Pelumba Iran Mirsamad Pourseyedigolakhour dari pasukan Tabriz Petrochemical Team mengekalkan jersi Kuning apabila muncul sebagai pendahulu keseluruhan walaupun terlibat dalam pelanggaran pada kilometer terakhir.

“Saya bernasib baik dapat mengekalkan jersi Kuning dan mencatatkan masa yang sama dengan pasukan walaupun selepas terlibat dalam pelanggaran,” katanya.

Pourseyedigolakhour turut kekal sebagai pelumba terbaik Asia (jersi Putih) selepas mencatat 30’19:00s manakala pasukannya muncul sebagai pendahulu keseluruhan pasukan Asia dengan catatan masa 91’01:25s.

Lithuanian Aidis Kruopis dari pasukan Orica Greenedge mengekalkan jersi Biru dalam pertandingan Raja Pecut selepas mengumpul 71 mata manakala pelumba Ireland, Matt Brammeier kekal menyarung jersi Merah dalam pertandingan Raja Bukit dengan 34 mata.

Sementara itu, pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) Mohd Harrif Salleh muncul pelumba terbaik Malaysia selepas menduduki tempat ke-11.

Pada peringkat kedua terakhir esok, harapan penduduk Terengganu untuk melihat pelumba TSG naik ke podium adalah cerah berdasarkan hakikat mereka sudah biasa dengan laluan sepanjang 111.1km dari Bandar Permaisuri ke Kuala Terengganu.- BERNAMA

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.