Bomoh DoReMi Tikar Terbang ‘Zam Zam Alakazam’ Pula?

1610044_745495972130183_1211026112_n

SELEPAS seorang bomoh dipercayai muncul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menggunakan bubu mata pancing untuk mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS), kini muncul pula satu lagi kumpulan baru yang cuba mencari pesawat MH370 dengan gaya tersendiri.

Sekumpulan lelaki yang memakai sut lengkap muncul di KLIA dan memulakan ritual mencari pesawat berkenaan dengan gaya-gaya seperti tikar terbang dalam filem Laksamana Do Re Mi.

Di bahagian belakang tikar berkenaan ada seorang pemuda memegang dua biji buah tembikai tidak diketahui fungsinya.

Semacam satu kemestian, apabila ada kes kehilangan sebegini pastinya kumpulan seperti ini muncul elok pula berpakaian sut kemungkinan tahu ada pihak media yang bakal merakamkan gambar mereka sedang melakukan ritual berkenaan.

Dalam satu gambar yang sudah tersebar di laman media sosial, kumpulan itu duduk bersila di atas tikar berkenaan seperti bersiap sedia untuk terbang dan turut sama menyertai operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan lokasi pesawat MH370 berkenaan.

Rasanya pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu meletakkan petugas di kawasan KLIA pada ketika ini untuk mengelakkan kumpulan seperti ini hadir dengan lebih ramai dan melakukan ritual yang pelik-pelik kononnya untuk membantu mencari pesawat MH370.

Jika ada dua kumpulan sudah terlepas dan mendapat perhatian lensa kamera pihak media selepas ini tidak tahulah lagi berapa kumpulan akan mencuba nasib dan datang ke KLIA untuk melakukan ritual mereka pula.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.