Bill Gates telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Microsoft dan akan mengambil peranan baru sebagai penasihat teknologi dalam perkocakan pengurusan yang akan menyaksikan Satya Nadella pula dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baru.
Pengumuman itu menamatkan pencarian ketua baru Microsoft selepas Steve Ballmer mengumumkan hasratnya untuk bersara pada bulan Ogos.
Nadella adalah CEO ketiga dalam sejarah 39 tahun penubuhan Microsoft, yakni selepas Bill Gates dan Steve Ballmer.
“Pada masa transformasi ini, tidak ada orang yang lebih baik untuk memimpin Microsoft selain Satya Nadella,” kata Bill Gates dalam satu kenyataan.
“Satya adalah seorang pemimpin yang terbukti dengan kemahiran kejuruteraan yang mendalam, visi perniagaan dan keupayaan untuk merapatkan masyarakat. Visi beliau akan bagaimana teknologi akan digunakan dan pengalaman di seluruh dunia adalah apa yang Microsoft perlukan kerana syarikat ini memasuki bab seterusnya melibatkan pengembangan inovasi produk dan pertumbuhan,” katanya.
0 comments