Bila Polis Saman Polis Lain

Polis-Saman-Polis-537x429Gambar ini betul-betul menunjukkan seorang anggota Polis Trafik yang begitu komited mempunyai tahap integriti yang tinggi apabila mengeluarkan saman kepada sebuah kereta.

Kenderaan yang disaman itu ialah kereta juga digunakan oleh pegawai Polis Diraja Malaysia dalam menjalankan tugas lain berbeza daripada tugas meronda.

Bagaimanapun lokasi tugas membanggakan anggota trafik ini tidak diketahui berlaku di mana tetapi sekali jelas sekali ia berlaku di Malaysia.

Jarang sekali lensa kamera disajikan dengan foto begini yang menggambarkan kekuatan tugas seorang polis apabila menjalankan tugas.

Tugas orang ramai pula mengecam dan mengkritik polis termasuk mencemar imej mereka sebagai penerima rasuah.

Sejak kebelakangan ini pun, sudah banyak video dan bukti tugas sebagai anggota polis yang dilakukan dengan tegas dan berhemah tersebar. – MNH

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.