‘Biarlah Saya & Sarah Saja Tahu’ – Syamsul

Syamsul-Yusof2

Meskipun masih dalam keadaan lemah kerana diserang demam denggi sejak Selalu lalu, namun pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof, 30, tetap menguatkan semangat meneruskan majlis pernikahannya. Dengan hanya sekali lafaz, pengarah ‘KL Gangster’ ini sah bergelar suami kepada pelakon Puteri Sarah Liyana, 29, di majlis ijabkabul yang berlangsung di Masjdid Al-Muqaramah, Sri Damansara, pada Sabtu lalu.

“Saya tak mahu menyusahkan orang, sebab tu saya mahu juga bernikah pada hari ini (Sabtu lalu). Segala persiapan untuk majlis nikah sudah dibuat ole ibu bapa saya dan juga keluarga mertua dan isteri saya. Mereka bersusah payah mengatur majlis ini. Saya bersyukur semuanya berjalan lancar.

“Ada 1001 hikmah, saya diserang demam denggi tapi biarlah saya saja yang tahu semua itu”, kata Syamsul ketika ditemui pada sidang media ringkas yang diadakan sejurus ussai majlis ijabkabul.

Bagaimanapun ketika diajak berkongsi mengenai detik perkenalannya dengan Puteri Sarah Liyana, Syamsul mendedahkannya kerana bimbang bagi mengelakkan daripada berlaku fitnah.

Menurut anak kepada penerbit dan pengarah tersohor Datuk Yusof Haslam ini, dia lebih selesa untuk merahsiakan semua hal peribadi termasuk kisah percintaanya bersama isteri berbanding mendedahkannya kepada umum.

“Biarlah kisah pertemuan dan percintaan kami menjadi hak peribadi dan hanya Sara sahaja yang tahu. Saya tidak mahu bila ia diceritakan nanti akan timbul cerita-cerita tidak benar yang jatuh kepada fitnah,” katanya.

Ditanya tentang keistimewaan Puteri Sarah di matanya, Syamsul berkata, wanita itu mempunyai ciri-ciri seorang isteri solehah yang boleh dibimbing.

Dalam pada itu mengenai penhijrahannya pula, Syamsul jua enggan berkongsi mengenai hal tersebut. Secara ringkas dia hhanya berkata”,

Malah dia juga mengakui sentiasa belajar lebih banyak ilmu agama bagi menjadi seorang suami dan ketua keluarga yang baik.

Majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada malam Sabtu ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian berikutan keadaan kesihatan Syamsul.

Manakala majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 18 April depan, serentak dengan majlis resepsi adiknya, Syafiq Yusof.

Pasangan ini merancang menunaikan umrah pada Ramadhan akan datang sekali dengan percutian bulan madu mereka. – Malaysian Digest

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.