BHPetrol perkenal program subsidi petrol

 

Pemegang Amanah Yayasan MyKasih Datuk Badlisham Ghazali (tiga, kiri) dan Tan (kiri) bersama penerima subsidi minyak MyKasih di stesen BHPetrol, semalam.

Pemegang Amanah Yayasan MyKasih Datuk Badlisham Ghazali (tiga, kiri) dan Tan (kiri) bersama penerima subsidi minyak MyKasih di stesen BHPetrol, semalam.

BOUSTEAD Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) bersama Yayasan MyKasih memperkenalkan program perintis subsidi minyak di stesen BHPetrol di Kampung Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya.

Pengarah Urusan BHPetrol KT Tan berkata, syarikat itu berharap program tersebut akan mendapat sambutan dan merancang untuk terus melibatkan diri dalam aktiviti seumpama itu.

Di bawah program tersebut, BHPetrol akan menyumbangkan RM20 setiap bulan bagi pembelian minyak petrol motosikal di stesen BHPetrol di Kampung Sungai Kayu Ara kepada 40 keluarga di bawah Program MyKasih.

Bantuan itu akan diberikan selama 12 bulan bermula semalam.

“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Yayasan MyKasih yang menjadi sebahagian program tanggungjawab korporat syarikat.

“Ini antara cara untuk membantu golongan kurang berkemampuan menghadapi kos sara hidup tinggi. Sekiranya program perintis ini mendapat sambutan, kami akan mengembangkannya ke stesen-stesen lain pada masa akan datang,” kata Tan.

Sementara itu, Tan berkata, BHPetrol menyasarkan untuk membuka 10 hingga 15 stesen minyak di seluruh Semenanjung Malaysia sepanjang tahun ini.

Menurutnya, setiap tahun syarikat itu akan membuka sekurang-kurangnya 15 cawangan dengan nilai pelaburan RM50 juta.

Bagaimanapun, Tan berkata BHPetrol belum merancang untuk membuka cawangan di Sabah dan Sarawak dalam tempoh terdekat.

BHPetrol yang memulakan operasi di Malaysia pada 2005 mempunyai 350 stesen minyak dan hampir 200 kedai serbaneka BHPetrol di seluruh Semenanjung Malaysia sehingga kini.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.