Berkat Doa Isteri…Mangsa Lemas Akhirnya Ditemui Unit Udara…

DUNGUN – Mayat jurujual telefon, Ghafar Manaf, 32, yang lemas di Pantai Sura, di sini, Selasa lalu ditemui terapung di tengah laut oleh unit udara polis kira-kira 30 kilometer dari tempat kejadian, pagi tadi.

fg-565x273Mayat mangsa yang berpakaian seluar trek dan berbaju itu ditemui terapung kira-kira tiga batu nautika dari Pelabuhan Kerteh Terminal, kira-kira jam 9.45 pagi tadi.

Helikopter dari Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berpangkalan di Sungai Besi, Kuala Lumpur yang melakukan rondaan di perairan terbabit berjaya menjejaki mayat mangsa sebelum memaklumkan perkara itu kepada bilik gerakan.

Pasukan mencari dan menyelamat kemudiannya meminta bantuan daripada pihak Kerteh Terminal sebelum sebuah bot mengangkut bekalan ke pelantar minyak berjaya menaikkan mayat mangsa kira-kira jam 12 tengah hari.

Mangsa yang berasal dari Semporna, Sabah dikatakan dipukul ombak sebelum ditarik ke laut kira-kira jam 6.20 petang Selasa lalu. – myMetro Online

BACA: Isteri berdoa agar mayat suaminya ditemukan…

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.