Benarkah Adira Putus Cinta, Padam Gambar Kekasih?

MACAM tak percaya pula dengan khabar terbaru yang kami dengar mengenai penyanyi Adira.

Kononnya, dia dan ‘teman tapi mesra’nya iaitu Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBG1M), Shahrul Nasrun Kamarudin, 28, sudah tidak lagi mempunyai hubungan istimewa.

adira-565x267Ia berikutan ketiadaan gambar jejaka tersebut di dalam akaun Instagram Adira yang khabarnya telah dipadamkan oleh penyanyi itu sendiri, memetik laporan GUA.

Biar pun kedua-duanya tidak pernah berterus-terang mengenai hubungan mereka, semua orang sudah dapat mengagak yang mereka sememangnya berpacaran sebelum ini.

Adira-AF-dan-Shahrul-Nasrun-kantoi-300x264Persoalannya, jika benar mereka sudah berpisah, adakah ia disebabkan gosip yang hangat diperkatakan sebelum ini, kononnya Shahrul cuba mendekati seorang pelakon wanita kontroversi yang kini hangat diperkatakan selepas kisah putus cintanya?

Sama ada benar atau tidak, kita tunggu sahaja kenyataan dari mulut Adira sendiri.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.