Belon udara di Turki jatuh, rakyat Malaysia parah

B5DaQUPIMAE2k6L

CAPPADOCIA – TURKI. Seorang pelancong maut manakala sembilan yang lain cedera dalam kemalangan belon udara panas yang membawa pelancong dari China dan Malaysia di Turki, awal hari ini, lapor BBC.

Belon tersebut jatuh ketika melalui Lembah Gubercinlik, di wilayah Nevsehir kira-kira 8.15 pagi waktu tempatan ketika sekumpulan pelancong tersebut sedang bersiar-siar.

Lokasi belon tersebut jatuh adalah ketika melalui Lembah Gubercinlik, Cappadocia di Turki.

Lokasi belon tersebut jatuh adalah ketika melalui Lembah Gubercinlik, Cappadocia di Turki.

Namun, punca kejadian masih belum diketahui.

Pihak berkuasa dan paramedik dikejarkan ke tempat kejadian selepas saksi melihat kejadian itu.

Menurut laporan media Turki, pelancong China yang maut dikenali sebagai Tang Yi, sementara rakyat Malaysia yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Kesemua mangsa dirawat di hospital berdekatan.

089692-bc8514de-8618-11e4-9f59-4e93e361b697

084976-b5329f3a-8618-11e4-9f59-4e93e361b697

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.