Beli Xbox Di eBay Tapi Dapat Gambar

Peter Clatworthy, seorang remaja 19 tahun dan juga bapa kepada anak lelaki berusia 4 tahun, McKenzie.Dia telah membida sebuah iklan konsol permainan video “XBox One Day One version limited edition” di laman eBay.

peter-clatworthy-xbox-ebaySetelah berjaya menang bidaan tersebut, dia membayar 450 pound dan 8 pound untuk penghantaran (RM2380 dan RM42) kepada penjual.

Apa yang mengejutkan, dia menerima bungkusan yang hanya mengandungi kertas saiz A4 yang dicetak gambar Xbox! Dia yang tinggal di Bilborough berasa tertipu kemudiannya membuat aduan kepada pihak eBay dan siasatan dijalankan.

Rupa-rupanya si penjual tidak bersalah kerana iklannya memaklumkan apa yang dijual ialah gambar Xbox. Mungkin kerana Clatworthy terlalu teruja, dia baca macamtu je dan terus membida.

Permainan video ini dia beli untuk dijadikan hadiah kepada anaknya. Namun pihak eBay membayar semula atau refund duit kerana iklan tersebut menimbulkan kekeliruan kepada pembeli. Dan penjual terbabit juga telah di banned!

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.