Bayi kembar dipisah 3 minit, lahir pada tahun berbeza

twins2n-3-web

SAN DIEGO – Maribel Valencia tidak berhenti-henti merenung jam dinding yang hampir menunjukkan jam 12 tengah malam. Suaminya, Luis ada di sisi.

Pembedahan Caeserean yang dirancang pada 6 Januari dibatalkan apabila kandungan mereka memberi isyarat mahu muncul ke dunia pada hari terakhir tahun 2015.

Mereka sama-sama berharap agar sempena tahun baru, mereka bakal merai anak kembar di dewan bersalin Pusat Perubatan Kaiser Permanente Zion.

twins2n-1-web

Namun takdir ada perancangan tersendiri.

Cahaya mata kembar milik keluarga Valencia itu bakal berkongsi tahun lahir berbeza buat selama-lamanya, lapor NBC Los Angeles.

Seorang bayi lahir pada minit terakhir tahun 2015 manakala seorang lagi muncul ke dunia selepas dua minit tahun baru 2016 diraikan.

Menurut petugas hospital, bayi perempuan, Jaelyn lahir pada jam 11:59 malam 31 Disember 2015 manakala bayi lelaki, Luis lahir pada jam 12:02 pagi hari berikutnya.

Laporan hospital menyatakan kedua-dua kembar itu lahir dengan ketinggian 47 sentimeter. Jaelyn mencatat berat 2.23 kilogram manakala Luis seberat 2.52 kilogram.

Maribel bertugas sebagai juruwang di Lapangan Terbang Antarabangsa San Diego manakala Luis berkhidmat sebagai mekanik bagi Tentera Laut Amerika Syarikat. Selain Jaelyn dan Luis, mereka mempunyai seorang lagi cahaya mata, Isabella, yang berusia tiga tahun.

“Peristiwa ini begitu istimewa,” ujar jururawat Lynnette Coetzee. “Saya tidak pernah melihat kejadian sebegini sepanjang 34 tahun menjadi jururawat.”

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.