Bayi Ditinggalkan Bersama Nota Depan Pintu Rumah

KOTA BHARU – Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan bersama sekeping nota dan sebuah beg pakaian di sebuah rumah di Kampung Jerulong, Salor di Pasir Mas, dekat sini, Rabu.

bayi-2Pemilik rumah berkenaan, Nora Syettah Mohd Zain, 41, berkata beliau terkejut apabila terdengar tangisan bayi berkenaan pada pukul 4.40 pagi Rabu.

Turut ditemui peralatan bayi dan nota yang memaklumkan mengenai jadual penyusuan bayi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata berdasarkan nota yang ditinggalkan itu, bayi berusia 13 hari itu perlu diberi susu setiap 3 jam sehingga mencapai berat 2 kilogram.

“Keadaan bayi itu sihat dan tiada sebarang kesan kecederaan tetapi dalam keadaan kesejukan walaupun dibaluti dengan selimut,” katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, pihak polis sedang mengesan ibu bayi tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.