Bayern Munich aibkan Barcelona dalam Liga Juara

BARCELONA gagal mempamerkan aksi cemerlang apabila dimalukan Bayern Munich 0-4 dalam saingan pertama separuh akhir Liga Juara-juara di Stadium Aliianz Arena awal pagi tadi ( waktu Malaysia).
00074733-642
Keputusan itu membuatkan kedudukan Bayern Munich dalam keadaan selesa apabila bertandang ke Stadium Camp Nou untuk aksi timbal balik bulan depan.

Barcelona pula dalam keadaan tertekan apabila wajib mencatat kemenangan dengan jaringan gol yang besar seadainya mahu melangkah ke final Liga Juara-juara musim ini.

Dalam perlawanan itu,  Bayern Munich yang beraksi di halaman sendiri mengambil kesempatan dengan menjaringkan empat gol masing-masing menerusi T. Muller (minit ke-25, ke-82), M.Gomez (49), dan A. Robben (73).

Pada saingan awal pagi esok (waktu Malaysia), Borussia Dortmund akan turun menentang Real Madrid dalam satu lagi aksi separuh akhir di Stadium Signal Iduna Park.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.