Bayaran pembedahan masih tertunggak

Muhammad Zaiqif Iskandar menangis setiap kali ususnya dicuci selepas membuang air besar.

Muhammad Zaiqif Iskandar menangis setiap kali ususnya dicuci selepas membuang air besar.

PASIR GUDANG – Hidup sepasang suami isteri bersama tiga anak semakin terhimpit selepas anak bongsu yang dilahirkan November tahun lalu mengalami masalah usus.

Siti Noriana Mohd Napian, 30, berkata, bayinya, Muhammad Zaiqif Iskandar Zainudin, yang berusia dua bulan berulang-alik keluar masuk hospital selepas ususnya tidak berfungsi secara normal.

Menurutnya, pembedahan kedua bulan lalu membolehkan bayinya meminum susu, namun usus besar terpaksa ditarik keluar daripada perut sehingga bayi itu berusia lebih setahun.

“Hari pertama dilahirkan, bayi saya terus ditahan di wad kerana muntah darah selepas diberi susu.

“Selepas imbasan x-ray barulah dia disahkan menghadapi masalah usus sehingga memaksa dua kali pembedahan dijalankan selepas yang pertama gagal,” katanya di kediamannya di Kampung Plentong Tengah, semalam.

Siti Noriana berkata, dia bimbang memikirkan masalah kewangan selepas doktor mengesahkan bayinya perlu menjalani pembedahan kali ketiga selepas menginjak setahun, sedangkan bayaran pembedahan yang lepas RM400 belum berbayar.

Menurutnya, dia juga perlu menyediakan kos perubatan untuk barangan usus termasuk tiub dan barangan mencuci perut serta lampin pakai buang.

Anggaran jumlah wang diperlukan RM6,000 untuk menampung kos perubatan sepanjang enam bulan sebelum pembedahan seterusnya.

Bagi yang ingin membantu boleh salur bantuan melalui akaun CIMB Zainudin Abas 7043740327. – Sinar Harian

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.