Bayaran balik PTPTN berdasarkan pendapatan

PTPTN.transformed_1

KUALA LUMPUR: Kaedah pembayaran balik pembiayaan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dipermudahkan menerusi formula peratusan tetap daripada pendapatan bulanan peminjam, yang akan diperkenalkan dalam masa terdekat.

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata kaedah itu kini masih dalam peringkat perbincangan bersama pihak yang terbabit dengan merangkumi aspek perundangan, mekanisma yang bersesuaian serta memperhalusi kes dan situasi peminjam PTPTN.

“Peminjam perlu membuat bayaran semula apabila mempunyai pendapatan pada jumlah tertentu. Ini kerana bayaran balik akan dilakukan secara automatik daripada gaji peminjam apabila mereka mencapai tahap yang ditetapkan.

“Kaedah ini dilihat tidak membebankan peminjam kerana bayaran balik adalah mengikut keupayaan kewangan sebenar peminjam, selain mereka yang kurang mampu tidak dibebankan dengan tindakan penguatkuasaan,” katanya menerusi satu kenyataan tadi.

Shamsul Anuar berkata, menerusi kaedah itu, tempoh penyelesaian hutang juga akan menjadi lebih singkat berbanding dengan kaedah sedia ada.

“Kaedah bayaran balik ini adalah skim pembiayaan pendidikan tinggi yang sudah dilaksanakan di beberapa negara, termasuk Australia dan New Zealand.

“Kebaikan daripada pelaksanaan kaedah ini adalah ia memudahkan proses pengesanan peminjam, sekali gus dapat membantu meningkatkan prestasi pembayaran balik pembiayaan,” katanya.

Beliau berharap dengan pelaksanaan kaedah itu, pembayaran balik pembiayaan PTPTN akan lebih stabil dan memberi impak positif terhadap peminjam dan kelestarian pendidikan tinggi pada masa depan.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.