Batalkan hasrat tunai 7 janji

GUA MUSANG – Rakyat di kawasan Parlimen Gua Musang, mahu Kerajaan Persekutuan membatalkan hasrat menunaikan tujuh janji dalam manifesto BN untuk rakyat Kelantan.

Bandar Gua Musang akan bertambah maju dengan kemenangan BN pada PRU13.

Bandar Gua Musang akan bertambah maju dengan kemenangan BN pada PRU13.

Ini kerana secara keseluruhan rakyat negeri itu menolak BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Ahad lalu, dengan mengekalkan Pas di Kelantan.

Sebaliknya, mereka mahu kerajaan menunaikan janji itu di kawasan Parlimen dan Dun yang dimenangi BN sahaja.

Penduduk, Che Ahmad Said, 51, berkata, kawasan BN yang kalah itu menunjukkan pengundinya menolak projek pembangunan, yang dijanjikan kerajaan jika BN dapat memerintah Kelantan.

Beliau berkata, mereka langsung tidak memikirkan keperluan kemudahan asas di kawasannya, dan masih mahu hidup mundur di bawah pemerintahan kerajaan Pas.

“Oleh itu, Kerajaan Persekutuan hendaklah membatalkan hasrat melaksanakan tujuh janji BN termasuk pembinaan Jalan Kota Bharu – Kuala Krai dan beberapa projek lagi.

“Tak ada gunanya kerajaan melaksanakan kemudahan itu jika rakyat di kawasan terbabit menolaknya, dengan tidak memberi kemenangan kepada BN pada PRU13 lalu,” katanya.

Hamzah Dol, 76, pula berkata, pengundi di kawasan lain perlu mencontohi Gua Musang,  yang masih kekal memberi kemenangan kepada BN pada PRU13 lalu kerana mahukan kemajuan dikawasan berkenaan.

“Pembangunan yang lebih pesat di kawasan Parlimen itu sejak berpuluh tahun lalu, memberi keyakinan kepada rakyat untuk terus menikmati pembaharuan,”katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, bukan sahaja kemudahan jalan, juga kemudahan lain yang boleh meningkatkan  taraf ekonomi rakyat yang masih dahagakan kemajuannya.

“Tambahan pula Tengku Razaleigh Hamzah mempunyai banyak pengalaman dalam pentadbiran, sekali gus akan  membangunkan lagi kawasan berkenaan,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.