Baru 6 Tahun Dah Dinobat Kanak-Kanak Paling Cantik

BARU berusia enam tahun namun kanak-kanak ini, Anastasia Knyazeva, telah dinobatkan sebagai `kanak-kanak paling cantik di dunia’ dan telah mempunyai lebih sejuta pengikut di Instagram.

Anastasia, yang bermata biru itu telah berlakon dalam banyak iklan berprofil tinggi dan setiap entri dalam Instagramnya akan dipenuhi dengan beribu-ribu `likes’ atau komen daripada netizen.

Ibunya, Anna, telah membuka akaun media sosial untuk anaknya itu sejak Anastasi berusia empat tahun.

Kanak-kanak itu, kini menjadi wajah bagi jenama sekolah di Rusia iaitu Chobi Kids. Tahun lepas dia dipilih sebagai Little Miss Aoki, untuk jenama gedung fesyen mewah, Mischka Aoki.

Anastasia bakal mengikut jejak bekas kanak-kanak paling comel di dunia, Thylane yang berasal dari Paris.

Thylane kini sudah remaja dan berusia 16 tahun. Dia kini menjadi duta untuk L’Oreal Paris’ serta memperagakan pakaian Michael Kors’ dalam pertunjukan Minggu Fesyen New York.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *