Barca tak sabar julang La Liga

PENOLONG jurulatih Barcelona, Jordi Roura ingin segera melihat pasukan pimpinannya menjuarai La Liga secepat mungkin.

Roura (dua, kanan) percaya Barcelona julang La Liga tanpa perlu menunggu penghujung saingan.

Roura (dua, kanan) percaya Barcelona julang La Liga tanpa perlu menunggu penghujung saingan.

Kemenangan ke atas Levante awal pagi semalam membolehkan skuad Catalan itu mengumpul 84 mata dan meninggalkan pencabar terdekat, Real Madrid dengan beza 13 mata.

“Kami akan ke Athletic Bilbao sambil berusaha memenangi perlawanan. Semakin cepat kami bergelar juara, lagi bagus.

“Banyak perkara baik dengan menggondol empat dari lima musim terakhir pertandingan. Jika kami menang lagi, ia sudah pasti merupakan kejuaraan yang paling sukar bagi Barca,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.