Barah Tulang – Benjolan kecil disangka bisul

Kaki Norazmi yang dijangkiti barah tulang sehingga mewujudkan benjolan sebesar guli.

Kaki Norazmi yang dijangkiti barah tulang sehingga mewujudkan benjolan sebesar guli.

SEBERANG PERAI UTARA – ”Hidup saya terasa kosong setelah disahkan oleh doktor bahawa saya menghidap barah tulang pada 2008 lalu,” luah Norazmi Jamaludin, 40.

Norazmi berkata, pada mulanya dia hanya perasan terdapat benjolan kecil di paha kanannya.

“Benjolan itu pada mulanya kecil namun, setelah dua tahun, ia mula membesar sehingga sebesar guli.

Kaki Norazmi yang dijangkiti barah tulang sehingga mewujudkan benjolan sebesar guli.

Kaki Norazmi yang dijangkiti barah tulang sehingga mewujudkan benjolan sebesar guli.

“Pada mulanya saya hanya menyangka bisul namun, pelik kerana bisul selalunya akan pecah tidak lama selepas itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Bimbang keadaan menjadi semakin serius, Norazmi memotong sendiri benjolan terbabit menggunakan pisau pencukur.

“Saya tanya pendapat rakan-rakan, mereka hanya mengatakan benjolan itu hanya bisul tetapi peliknya benjolan itu semakin besar, jadi saya mengambil keputusan untuk memotong sendiri.

“Seingat saya, hanya cecair putih yang keluar daripada benjolan kecil itu. Awalnya tak sakit namun, selang beberapa minggu kemudian, saya mula rasa kebas,” katanya.

Menurutnya, episod dukanya bermula apabila doktor mengesahkan dia menghidap barah tulang tahap tiga pada Oktober 2008.

“Waktu itu hanya Tuhan yang tahu perasaan saya, segala-galanya terasa kosong dan tidak bermakna namun ALLAH masih sayangkan saya kerana keluarga dan anak sentiasa memberikan sokongan menghadapi dugaan ini,” katanya.

Episod hidupnya mulai berubah apabila diperkenalkan produk pati herba oleh seorang rakannya.

“Pada mulanya saya keberatan untuk mencuba produk ini namun, setelah dipujuk berulang-kali barulah saya akur. Bukan apa sebelum ini pelbagai jenis rawatan saya cuba tetapi tidak berhasil.

“Pada Ogos 2014, saya disahkan oleh doktor bebas sepenuhnya daripada barah tulang. Kini saya aktif menyampaikan ceramah motivasi berkaitan barah,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.