`Banduan Cantik’ Cairkan Hati Lelaki

banduan1-565x339Florida – `Banduan cantik’ . Itu gelaran yang diberikan oleh satu laman web hingga menjadikan wanita ini terkenal di seluruh dunia.

Sejak muncul dalam laman Instantcheckmate.com,Meagan Simmons, 28, menjadi popular dan dihujani dengan pelbagai lamaran daripada lelaki.

Malah twitter dan akaun Facebooknya juga menjadi tumpuan.

Malangnya, gambar yang digunakan oleh laman web itu tidak mendapat kebenarannya dan dia kini bertindak menyaman Instantcheckmate.com serta mengemukakan injunksi bagi menghalang gambar tersebut terus digunakan.

Instantcheckmate.com adalah laman web yang menawarkan imej pesalah dan orang ramai bagi tujuan mendapat keuntungan.

Gambar Simmons, seorang ibu tunggal dan mempunyai empat anak itu, dimuat naik selepas dia ditangkap di Florida dengan kapsyen,

“BERSALAH – tarik nafas,’ Ditangkap kerana menawan hati anda. Apa yang boleh saya lakukan untuk berada di penjara bersamanya’.

Meskipun gambar itu digunakan laman web berkenaan, Simmons yang juga seorang pembantu perubatan itu kecewa kerana tidak mendapat sebarang bayaran malah gambar itu juga digunakan tanpa kebenarannya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.