BakarAal-Quran: Kenyataan Mashitah bercanggah

image (19)

ALOR SETAR – Kenyataan yang dikeluarkan Ketua Wanita Umno Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim adalah bercanggah dengan kenyataan kerajaan negeri berhubung isu pembakaran cebisan al-Quran di medan selera Pasar Besar Alor Setar, baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong berkata, kenyataan Mashitah pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini bahawa ada orang Cina di Kedah membakar al-Quran untuk upacara sembahyang sedangkan Menteri Besar Kedah,

Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan polis menyatakan ia dilakukan oleh lelaki kurang siuman, boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata sekiranya Mashitah ingin mempertahankan perkara tersebut, beliau perlu membuat laporan polis supaya siasatan semula boleh dibuat bagi membuktikan kebenaran kenyataannya.

“Dia seorang yang berpendidikan dan juga bekas menteri sepatutnya perlu merujuk sebelum membuat kenyataan yang mengelirukan dan bercanggah dengan menteri besar dan polis.

“Secara peribadi saya rasa dia telah melanggar kenyataan yang dikeluarkan menteri besar mengenai perkara itu.

“Dia juga perlu bertindak mengikut kebijaksanaannya sama ada ingin menerangkan perkara tersebut atau sebagainya,” katanya pada sidang media selepas melawat gerai yang dibakar individu tidak bertanggungjawab di medan selera berdekatan pasaraya Bilion, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Yong Kong yang juga Exco Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan Kedah berkata ketiga-tiga gerai yang rosak akibat dibakar itu akan dibaiki segera oleh Majlis Bandaraya Alor Setar.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.