Azraai tidak tahu perlawanan dibatalkan

image (8)JURULATIH T-Team, Mohd Azraai Khor Abdullah akui tidak mengetahui pembatalan aksi pertemuan persahabatan menentang Persija Jakarta di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta, semalam.

Menurut Azraai, sepanjang pengetahuannya, aksi bertemu kelab dari Liga Super Indonesia itu tetap berjalan mengikut perancangan.

Sebaliknya, The Titans bertemu Ligina Sportindo FC bawah kendalian Eddy Syahputra  yang merupakan sebuah pasukan terdiri dari pemain yang belum mendapatkan kelab untuk diwakili.

Begitu pun, T-Team tetap menjalani permainan dan pada aksi berkenaan  anak didik Azraai menang 5-0.

“Kami dihubungi ejen supaya dapat berkunjung ke Indonesia. Kami dijadualkan menghadapi Persija Jakarta dan Persib Bandung. Pertandingan diadakan sebagai usaha mengumpulkan dana yang akan diberikan kepada korban bencana alam di Indonesia.

“Kami tidak tahu kalau lawan yang akan dihadapi adalah pasukan ini (Ligina Sportindo FC) kerana aksi dengan  Persija dibatalkan,” katanya dipetik dari Tribunnes, kelmarin.

Azraai bagaimanapun masih optimis perlawanan berdepan satu lagi kelab Indonesia, Persib dapat dilangsungkan esok.

“Kami ingin mencari pengalaman bertanding melawan kelab dari negara lain,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.