Azizan nasihati Mukhriz dua perkara

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir diharapkan supaya memberikan tumpuan kepada pembangunan pendidikan di Kedah.

Mukhriz melihat tempat duduknya di Dewan Persidangan Dun yang sebelum ini diduduki Azizan.

Mukhriz melihat tempat duduknya di Dewan Persidangan Dun yang sebelum ini diduduki Azizan.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menasihatkan Mukhriz supaya memberi tumpuan kepada dua perkara iaitu Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) dan Maahad Tahfiz Sains Pulau Tuba setelah mengambil alih pentadbiran negeri.

Dalam masa sama, Azizan mengakui Insaniah mengalami kekangan kewangan dan berharap kerajaan negeri yang baru ini dapat membangunkan kolej universiti itu setaraf universiti lain kerana ia menjadi pilihan pelajar antarabangsa.

Beliau turut meminta supaya projek Maahad Tahfiz Sains Pulau Tuba diteruskan berikutan bajet bagi projek berkenaan sudah diluluskan.

“Buatlah kerja elok-elok. Harap dapat bagi perhatian kepada pembangunan Insaniah dan Maahad Tahfiz sehingga berjaya,” katanya. Azizan berkata demikian ketika diziarahi Mukhriz di Kedah Medical Centre (KMC).

Sementara itu, bekas Setiausaha Politik Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor menafikan desas-desus mengatakan ketidakhadiran Azizan ke Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar baharu kelmarin disebabkan keuzuran Adun Sungai Limau itu termasuk serangan jantung.

Bagaimanapun, beliau sebaliknya menjelaskan bahawa Azizan tidak dapat hadir kerana menjalani rawatan kaki akibat jangkitan kuman di KMC.

“Azizan dimasukkan ke KMC sehari untuk jalani rawatan jangkitan kuman pada kaki, bukan masalah lain termasuk serangan jantung.

“Beliau kini dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut dan dalam keadaan stabil,” katanya.

Menurutnya, Azizan dimasukkan ke wad KMC pagi kelmarin menyebabkan beliau tidak dapat hadir ke Istana Anak Bukit, walaupun pada awalnya berhasrat untuk hadir.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.