Azizan belum sedar, masih di ICU

GEORGETOWN – Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis di Hospital Pulau Pinang (HPP), sejak Khamis  lalu.

Datuk Seri Azizan Abdul Razak

Datuk Seri Azizan Abdul Razak

Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata, keadaan kesihatan beliau stabil dan ada beberapa pekembangan positif seperti beliau membuka mata beberapa kali.

“Sehingga jam 2.30  petang ini, beliau masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, hari ini.

Mohd Helmi berkata, Azizan kini dipantau rapi oleh lebih 10 doktor pakar.

“Antaranya ialah pakar jantung, pakar buah pinggang, pakar saraf dan pakar penyakit kencing manis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Kedah yang juga Setiausaha Politik Azizan meminta orang ramai menderma darah kepada Unit Tabung Darah HPP bagi membantu HPP menambah tabung darah hospital.

“Ini sebagai tanda penghargaan kami kepada HPP yang memberi rawatan terbaik kepada beliau.

“Pihak tabung darah (sebelah unit kecemasan) membuat persiapan khas pada Isnin ini, saya meminta orang ramai dapat menderma darah.

“Proses rawatan dan pembedahan Azizan menggunakan 11 pek darah dari tabung darah,” katanya.

Azizan, 69, yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah dan Adun Sungai Limau dipindahkan ke HPP pada Rabu lalu dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada ibu jari pada kaki kananya sejak Isnin lalu.

Khamis lalu, Azizan selamat menjalani pembedahan membuang kedua-dua belah kakinya yang terkena jangkitan kuman di HPP.

Beliau dilihat keluar selepas hampir tujuh jam berada dalam dewan pembedahan hospital berkenaan sambil diiringi ahli keluarga dan beberapa ahli Pas yang setia menanti di hospital berkenaan.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.