Azhael Tepati Jangkaan, Kembali Ke AF2013 Dengan AFMASUK

KUALA LUMPUR:  Penyingkiran mereka pada konsert kesembilan Akademi Fantasia 2013 (AF2013) minggu lalu telah mengejutkan ramai pihak. Namun kini Azhael kembali ke AF2013 selepas mendapat undian tertinggi AFMASUK yang telah dibuka sejak semalam.

imageResizePengumuman kemasukan semula Azhael yang dianggotai oleh Mohd Azhar Bin Osman, 25, dan Hal Husaini Bin Razmi, 25, diumumkan oleh #inspirer AF2013, Dato` Siti Nurhaliza menerusi program MeleTOP yang bersiaran secara langsung malam tadi.

Ini bermakna, Azhael akan bersaing terus di konsert final AF2013 hujung minggu ini bersama lima finalis yang sedia ada iaitu Amira, Aisyah, Nabila, Indah dan Faizul dan talian AFUNDI Azhael kini telah dibuka semula.

Isnin lalu menerusi program AF Buzz, talian AFMASUK telah dibuka bagi memberi peluang tujuh bintang AF2013 yang tersingkir iaitu Sani, Darren, Iman, Nona, Irmisa, Suhada dan Azhael sendiri kembali ke AF2013 untuk bersaing semula.

Talian AFMASUK telah dibuka selama 24 jam dan ditutup tepat jam 9.30 malam tadi. Dan menerusi undian AFMASUK itu, Azhael telah mendapat undian tertinggi dari peminat, sekali gus membolehkan mereka diserap kembali ke AF2013.

Konsert akhir AF2013 akan berlangsung Ahad ini dari Stadium Negara, Kuala Lumpur dan teruskan mengundi siapa di antara enam finalis ini yang layak bergelar juara.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.