Australia Rancang Pasang Lampu Isyarat Paras Jalan

smartphone-addiction-urban-periscope-makes-it-safe-to-walk-and-text-at-the-same-time-136404368472903901-160303124950NEW SOUTH WALES – Pihak berkuasa Australia, kini merancang untuk memasang lampu isyarat di paras jalan lintasan utama ,Sydney mulai Disember ini.Bagi memastikan keselamatan pejalan kaki terjaga, terutamanya yang asyik menatap telefon pintar,

Tindakan ini diambil susulan ketagihan telefon pintar dalam kalangan rakyatnya, sehingga ada antara mereka yang enggan melihat lampu isyarat ketika melintas kerana sibuk memandang kaca telefon pintar.

Menurut portal Mashable Asia, kerajaan negeri akan melaksanakan lampu isyarat percubaan selama enam bulan dengan kos sebanyak AUS$250,000 (RM752,600).

“Pejalan kaki kurang dilindungi daripada nahas jalan raya, oleh itu mereka lebih cenderung untuk mengalami kecederaan parah atau terbunuh.

“Ini adalah sebab kita perlu mewujudkan satu sistem jalan raya yang lebih selamat dan ini merangkumi situasi apabila mereka tidak boleh memberi perhatian,” kata Pengarah Eksekutif Keselamatan Jalan Raya, Bernard Carlon.

Tapak untuk lampu isyarat masih belum diumumkan, tetapi ia dijangka akan dipasang di lima tempat daerah pusat perniagaan di Sydney.

Inisiatif ini telah diumumkan sebagai sebahagian daripada kempen pengiklanan ‘Towards Zero’, yang bertujuan mengetengahkan kesan manusia daripada kemalangan dan kemalangan maut.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.