ASNB dedah konsep perniagaan Islam

AMANAH Saham Nasional Bhd (ASNB) memberi pendedahan kepada penduduk di Perlis berhubung sistem kewangan Islam dan perkara berkaitan perancangan kewangan menerusi Program Bual Bicara sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2013 di negeri itu.

Tun Ahmad Sarji menyerahkan replika cek kepada Majlis Agama Islam Perlis benilai RM10,000 selepas perasmian disempurnakan Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Tun Ahmad Sarji menyerahkan replika cek kepada Majlis Agama Islam Perlis benilai RM10,000 selepas perasmian disempurnakan Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Program dihadiri kira-kira 400 pengunjung, kelmarin, itu dijadikan platform untuk meningkatkan pemahaman orang ramai berhubung bidang kewangan Islam.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang mencemar duli ke majlis itu bertitah, konsep perniagaan Islam boleh didedahkan dalam program seperti MSAM untuk merangka strategi bagi mengukuhkan sistem penyampaian maklumat berkonsep kewangan seterusnya menggerakkan ekonomi Islam supaya lebih berdaya saing di peringkat global.

Sementara itu, dalam majlis sama, ASNB turut memperkenalkan perkhidmatan Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah bagi pemegang Islam dan bukan Islam dalam merancang harta berkaitan dengan unit amanah ASNB supaya dapat diagihkan kepada keluarga mereka melalui proses yang lebih mudah dan cepat.

Hibah Amanah adalah perkhidmatan sejajar dengan syariah berkonsep ‘mempercayai dan membenarkan’ dalam pengurusan, sementara Pengisytiharan Amanah pula berkaitan konsep amanah.

Pengarah Eksekutif ASNB Datuk Idris Kechot berkata, di bawah skim ini, aset pemegang amanah yang meninggal dunia secara automatik akan dipindah milik kepada keluarga masing-masing atau waris terdekat.

Sementara itu, Penolong Naib Presiden Takaful Ikhlas Ahmad Termizi Mohamed Din berkata, konsep perniagaan berunsurkan riba perlu dijauhi kerana boleh mempengaruhi kehidupan seseorang Islam.

“Dalam amalan perniagaan, elemen yang menukar sifat halal kepada haram adalah riba, biarpun hanya dengan menandatangani dokumen,” katanya. Takaful Ikhlas adalah rakan program ASNB dalam program bual bicara itu.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Exco Agama Negeri Japferi Othman dan Pengerusi Permodalan Nasional Bhd Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.