Arafat sah diracun

RAMALLAH – PALESTIN . Isteri pemimpin Palestin, Yasser Arafat mendedahkan, kematian suaminya itu sah akibat diracun.

Suha Arafat membuat pendedahan itu selepas kumpulan forensik Switzerland menemui bukti kukuh Arafat diracun dengan bahan radioaktif, polonium-210.

Suha (kiri) bersama Arafat ketika era pemerintahan sebagai pemimpin Palestin.

Suha (kiri) bersama Arafat ketika era pemerintahan sebagai pemimpin Palestin.

Sebelum ini, Suha dan pegawai Palestin mendakwa, Arafat menjadi mangsa kekejaman jenayah dan Israel bertanggungjawab terhadap semua perbuatan itu.

“Pendedahan tersebut tidak mengejutkan tetapi saya kesal Israel menafikan tuduhan itu sebelum ini,” katanya, dipetik dari laporan Al Jazeera.

Tahun lalu, Institut Radiasi Fizik Switzerland menemui bahan polonium-210 iaitu unsur radioaktif yang terdapat pada beberapa barangan milik Arafat.

Menurut laporan setebal 108 muka surat itu, kesimpulan keputusan kajian menyokong kematian pemimpin Palestin tersebut mempunyai kaitannya dengan racun daripada bahan itu.

“Sepanjang kajian, sampel tanah dan tulang telah diambil di kubur Arafat di Tebing Barat. Laporan itu dikuatkan lagi dengan penemuan polonium-210 di pakaian mangsa,” memetik laporan berkenaan.

Arafat meninggal dunia di sebuah hospital tentera di Perancis pada 2004, selepas sebulan terlantar akibat penyakit ‘misteri’ di kediamannya di Tebing Barat bersempadan dengan Israel.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.