Aplikasi Percuma BB Sempena Valentine

Blackberry mungkin kelihatan seperti sedang berada dalam ambang kegelapan jika dinilai daripada aspek jumlah penggunanya. Namun, ini tidak menghalang syarikat ini daripada bersama-sama meraikan cinta mereka bersama pengguna setianya sempena sambutan Valentine, tahun ini.

BlackberryBermula dari 8 hingga 14 Februari, pengguna Blackberry boleh menikmati beberapa aplikasi percuma setiap hari. Berikut adalah senarai aplikasi percuma yang bakal disajikan kepada semua pengguna setia Blackberry:

8 Febuari: Better Body Yoga
9 Febuari: Call Recorder 10
10 Febuari: Mega Emoji – Premium Messages Gadget
11 Febuari: Talking Animated Smileys for BBM, WhatsApp and Line
12 Febuari: Max Contact Manager
13 Febuari: InstaVenue
14 Febuari: Wallpaper Sky Pro

Buat masa ini, promosi “Best of EA” masih lagi berlangsung bagi pengguna BlackBerry di rantau Asia Pasifik di mana set 15 permainan daripada Electronic Arts boleh dimuat turun secara percuma hingga 19 Februari. Antara permainan yang terdapat dalam bundle ini termasuk Plants vs. Zombies, Need for Speed Undercover, Tetris, YAHTZEE Adventures, The Game of Life dan Monopoly Millionaire.

Sila layari BlackBerry World untuk menikmati muat turun aplikasi percuma yang ditawarkan.

 

Sumber: Lowyat

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.