Anzalna Nasir Akui Berkira Belanja Wang Untuk Kecantikan Wajah

7-Anzalna-Nasir-Akui-Kisah-Berhabis-Untuk-Cantik-jpeg-700x420

Pelakon jelita, Anzalna Nasir akui bahawa beliau tidak seperti wanita lain yang mengambil berat tentang penjagaan dan kecantikan wajah. Malah, baginya lebih baik berhabis wang untuk baju, beg tangan serta aksesori daripada membeli barangan yang tidak nampak dimata.

“Sejujurnya saya bukan seorang yang menjaga kecantikan diri kerana jika diikutkan, saya malas untuk memakai pelembap muka. Namun, saya akur tuntutan kerja sebagai pelakon memerlukan saya untuk menjaga penampilan diri.

“Bukan mudah untuk saya membelanjakan sejumlah wang untuk kecantikan kerana lebih gemar membeli barang yang nampak hasilnya. Oleh itu, duit yang diperuntukkan untuk aspek kecantikan mengikut kemampuan saya saja. Kulit saya sangat sensitif sekiranya mengenakan solekan untuk tempoh yang lama,” katanya kepada Berita Harian.

Sementara itu, dalam perkembanagn kerjaya seninya, Anzalna turut menjelaskan bahawa setakat ini beliau memilih keutamaan untuk menguruskan soal rumah tangga bersama suami tersayang,Hanif Zaki terlebih dahulu.

Namun akan kembali aktif semula ke layar perak selepas Hari Raya Aidilfitri nanti

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.