Anwar: SPRM perlu siasat semua pendedahan Audit

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa membuka lebih banyak kertas siasatan terhadap pendedahan Laporan Audit Negara yang mengaitkan kelemahan pengurusan kewangan oleh beberapa kementerian dan jabatan kerajaan.

Anwar yang mengenakan kot berwarna hitam menjelaskan pendirian susulan keputusan PRU13 Ahad lalu.

Anwar yang mengenakan kot berwarna hitam menjelaskan pendirian susulan keputusan PRU13 Ahad lalu.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, 15 kertas siasatan yang dibuka SPRM baru-baru ini tidak memadai susulan penyewelengan dan ketirisan dana awam itu melibatkan lebih RM26 bilion.

“Memang tidak memadai, kalau SPRM sebut 15 kertas siasatan saya tak faham mengapa.

“…badan itu harus siasat semua kes yang dicurigai dan mempunyai asas untuk disyaki ada penyelewengan terangkum dalam undang-undang anti-rasuah,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut kenyataan Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali pada Isnin lalu yang mengatakan badan itu telah membuka 15 kertas siasatan berdasarkan Laporan Audit Negara 2012 ke atas kes-kes berunsur rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Menurut beliau, berikutan laporan itu, SPRM dengan kerjasama Jabatan Audit telah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat dan bertindak sewajarnya.

“Pasukan ini akan membentangkan hasil penemuan, pelan tindakan dan cadangan bagi mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang melakukan kesalahan tersebut.

“Sehingga kini, SPRM telah membuka 15 kertas siasatan dan siasatan itu dijalankan di bawah peruntukan Akta SPRM 2009,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011, sebanyak dua kes telah dibawa ke mahkamah dan lima pegawai kerajaan dikenakan tindakan tatatertib.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.