Anwar: Bukan senang nak menang

PUCHONG – Walaupun dianggap calon pilihan untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap meletakkan dirinya sebagai ‘underdog’.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) bercakap sempena program syarahan "Kebangkitan Asia oleh Anwar Ibrahim & Merdeka Rakyat oleh Dr Syed Husin Ali" semalam.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) bercakap sempena program syarahan “Kebangkitan Asia oleh Anwar Ibrahim & Merdeka Rakyat oleh Dr Syed Husin Ali” semalam.

Katanya, beliau sesekali tidak percaya akan dapat laluan tanpa perlu bekerja keras pada pilihan raya ini.

“Saya tak pernah anggap jadi calon ni senang. Siapa pun calon parti lawan, tetap saya ambil kira dan akan kerja kuat untuk tawan hati rakyat,” katanya.

Menurutnya, beliau tidak anggap mana-mana pilihan raya disertai sebagai mudah kerana yang dilawan bukan hanya calon.

“Kita lawan parti, lawan kerajaan, lawan seluruh Umno. Jadi nak menang bukan senang. Kita tak ada media dan jentera, jadi kena kerja kuat,” katanya selepas menyampaikan ucapan ‘Asian Renaissance Part 2’ pada kursus Merdeka Rakyat di sini, semalam.

Selain berdepan parti lawan, kata Anwar, baginya cabaran lain yang perlu dilalui ialah serangan fitnah.

“Soal calon bagi saya perkara kecil kerana saya terpaksa juga berdepan dengan media yang mula serang untuk fitnah saya,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya tentang tindakan beliau yang dikatakan terlalu awal memulakan kempen, Anwar berkata, hanya itu sahaja caranya bagi mendekati pengundi.

“Siapa kata BN belum mula? Dalam TV sudah ada 45 minit (berkempen). Kemudian, mereka bukannya perlu fokus berkempen kerana mereka boleh bayar saja. Jadi kalau kata mereka belum mula, itu tak betul,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.