Angka Kematian Feri Karam Korea Mencecah 146

Feri2JINDO – Operasi mencari mereka yang masih hilang di dalam feri yang karam ditingkatkan hari ini dengan angka kematian rasmi setakat ini mencecah 146 orang.

Pegawai kerajaan berkata, anggota penyelam kini perlu memecahkan dinding kabin bagi mengeluarkan lebih banyak mayat mangsa yang terperangkap di dalam feri berkenaan.

Kebanyakan mangsa adalah pelajar sekolah tinggi di Ansan, di pinggir Seoul.

Lebih tiga perempat daripada 323 pelajar disahkan mati atau hilang manakala dua pertiga daripada 153 orang di dalam feri Sewol yang karam itu disahkan selamat dalam kejadian seminggu lalu.

Malah, laporan menunjukkan lebih 150 orang lagi masih hilang dengan dewan pengkebumian di Ansan kini sudah hampir penuh.

Pasukan Petugas Khas Kecemasan yang ditubuhkan kerajaa, Oh Sang-yoon berkata, pihaknya sudah mengambil langkah perlu untuk membesarkan kawasan di dewan berkenaan bagi menerima lebih banyak mayat mangsa. – AP

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.