Anak Rozita Che Wan Dapat Keputusan Cemerlang SPM

Masih bercerita tentang Rozita Che Wan. Hari ini ialah hari keputusan SPM diumumkan. Teringat kenangan Abang Nara mengambil keputusan SPM satu ketika dahulu. Memang jantung berdebar-debar. Seminggu sebelum asyik termimpi-mimpi. Malam sebelum memang tak boleh tidur. Cuak sepanjang masa.

anakcheta2Salah seorang daripada ribuan yang mengambil keputusan SPM hari ini ialah anak sulung Rozita Che Wan, Ameer Effendy. Selaku seorang ibu, pastinya Che Ta mahukan keputusan cemerlang buat anaknya. Ternyata ia menjadi kenyataan. Che Ta telah berkongsi gambar keputusan SPM anaknya di akaun Instagramnya. Penuh dengan A. Tahniah!!!

anakchetaPastinya lebih mudah untuk anak Rozita Che Wan memohon universiti dalam dan luar negara dengan keputusan sebegini. Fikir elok-elok sebelum buat sebarang keputusan. Apa pun, tahniah diucapkan. Tahniah juga kepada Che Ta kerana kejayaan anaknya ini. Jangan lupa bagi hadiah yang best-best!!!

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.