Amir Ukays Kini Ditahan Polis Kerana Miliki Pistol

1-Amir-Ukays-Ditahan-Pihak-Polis-Kerana-Miliki-Pistol

Seorang bekas vokalis kumpulan popular 1990-an, Amir Ukays ditahan kerana memiliki senjata api kira-kira pukul 1.45 pagi tadi (Rabu). Sumber polis berkata ketika pemeriksaan dilakukan pihaknya menjumpai sepucuk pistol berwarna hitam yang tertera tulisan ‘Walther CP99 Compact dengan nombor siri 12L20520.

Amir-Ukays-Ditahan-Pihak-Polis-Kerana-Miliki-Pistol-1

Amir atau nama sebenarnya Mohd Azmir Muhammad, 44, turut mengakui pistol berkenaan miliknya dan dia ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul dekat sini untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, sumber polis turut memberitahu Amir ditahan ketika memberhentikan kenderaannya di tepi susur masuk ke Kampung Chubadak, Sentul dekat sini. Nama Amir kembali melonjak selepas menyertai program Gegar Vaganza yang kini sedang berlangsung.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.