[Amaran] Facebook Baca SMS Pengguna Android

Tolong sebarkan kepada rakan anda.

Sebaik sahaja versi terbaru aplikasi Facebook dimuat turun di telefon pintar Android, kini ia akan meminta keizinan pengguna untuk “membaca teks mesej (SMS atau MMS)” anda.

FB1-565x423Menurut kenyataan dikeluarkan Kaspersky, permintaan ini yang mula keluar sejak beberapa hari lalu membuatkan sebilangan pengguna berasa tidak selesa.

Meskipun Facebook belum mengeluarkan sebarang kenyataan, secara logiknya arahan baru untuk membaca SMS ini adalah bagi memudahkan pengesahan nombor telefon berdasarkan kod yang dihantar kepada telefon bimbit pengguna.

Sebelum meminta untuk baca SMS, Facebook sebelum ini sudah pun meminta untuk “membaca kalendar dan maklumat sulit” yang membolehkan aplikasi tersebut mengemaskini jadual kalendar pengguna. 

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.