Amar Baharin, Amyra Rosli Nikah 11 November Ini

1-5

Selepas sekian lama merahsiakan hubungan percintaan mereka dan mengelak untuk menjawab segala persoalan, akhirnya pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli mengesahkan bahawa mereka akan berkahwin pada 11 November ini.

Berita tersebut diumumkan melalui Hlive dan mereka akan mengadakan majlis pertunangan 22 Julai ini. Tambah Amyra, majlis merisik telah pun dilakukan pada Raya Haji tahun lalu.

Untitled-14

“Kami akan bersanding pada 12 November bagi belah Amyra, iaitu sehari selepas nikah dan belah saya pada 19 November. Lokasi pernikahan dan majlis resepsi kami masih dalam perbincangan,” kata Amar.

Tambah Amar, mereka membuat keputusan untuk memilih tarikh pernikahan tersebut kerana ia juga merupakan tarikh lahir bapa Amyra.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.