Amah Filipina disimbah air panas

 

Fatma melecur seluruh badan kerana disimbah air panas.

Fatma melecur seluruh badan kerana disimbah air panas.

MANILA – FILIPINA . Seorang pembantu rumah Filipina parah selepas didera majikan hanya kerana secawan kopi.

Fatma, 23, melecur teruk di badan dan kaki selepas disimbah air panas oleh majikannya, warga Arab Saudi di Riyadh.

Mangsa kemudiannya ditinggalkan enam jam dalam keadaan parah sebelum menerima rawatan.

Ketika di hospital, mangsa meminta menghubungi sepupunya bagi mendapatkan pertolongan daripada Kedutaan Filipina.

Sejurus sepupunya tiba, dia memuat naik gambar kecederaan mangsa ke laman Facebook hingga mencetuskan kemarahan penduduk negara itu.

Difahamkan, Fatma juga mendakwa tidak diberi makan dan sering dipukul oleh majikannya, dipetik dari laporan  ABS-CBN News.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.