Along Cham, Isteri Sah Bercerai Talak Satu

along-cham-cerai

Melalui laporan Harian Metro hari ini, pelakon dan pelawak, Along Cham telah sah bercerai talak satu dengan isterinya, penyanyi, Zila Seeron di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

Along telah melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Along selaku plaintif, pagi ini. Along memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Abd Halim kemudian mensabitkan berlaku perceraian dengan talak satu dan memerintahkan Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 28, menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama daerah Petaling dan sijil nikah dibatalkan.

Sebelum ini, Along enggan memberikan sebarang komen berkaitan kejadian bekas isterinya yang ditangkap khalwat. Pasangan itu bernikah pada 23 Januari 2010 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Danial berusia 5 tahun.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.