Aliff Aziz Cipta Lagu Kisahnya Dan Anne Ngasri

ANNE-ALIFF1Rupa-rupanya hubungan antara Aliff Aziz, 23, dengan pelakon Anne Ngasri, 29, satu masa dahulu memang serius dan meninggalkan impak yang besar dalam diri penyanyi asal Singapura tersebut.

Meskipun Anne kini sudah pun berbahagia di samping suami dan anak, Aliff nyata tidak dapat melupakannya hingga mengaku ada mencipta lagu khas berjudul ‘Hati Ini’ yang berkisarkan kisah mereka.

Lagu yang bercerita kisah seorang wanita yang mengambil keputusan untuk menarik diri dan memilih orang lain di saat akhir walaupun sudah merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya itu bakal dimuatkan dalam album keempat Aliff yang akan berada di pasaran Jun nanti.

Menurut Aliff kepada wartawan sebuah akhbar tempatan, dia memberikan seluruh jiwa raganya kepada Anne ketika mereka bersama malah merancang untuk berkahwin.

Aliff-ShazleenJusteru apabila perancangan mereka tidak menjadi, dia merasai kesakitan yang hampir memusnahkan moral, mental dan fizikalnya.

Tak apalah Aliff, bunga bukan sekuntum. Anggaplah memang tiada jodoh antara Aliff dan Anne.

Rasanya, Aliff pun sudah semakin ok sekarang kot.

Buktinya baru-baru ini tersebar gambar Aliff bersama seorang wanita dikenali sebagai Shazleen biarpun Aliff menyifatkan wanita itu cuma kawan biasa. – MyNewsHub

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.