Akhirnya Rahsia Tun M Terbongkar Jua

Tun+M+parSetiap pemimpin besar pasti ada sejarah dan rahsianya yang tersendiri..! Jika tidak bagaimana seseorang pemimpin seperti Tun Dr Mahathir boleh menjadi pemimpin dunia..!

Disegani kawan dan lawan..! Diakui dan diiktiraf oleh seluruh pelusuk dunia..!

Baca tulisan Pak Yahya Ismail dibawah ni..

MENGAPA TUN M BOLEH BERKUASA SELAMA 22 TAHUN?

Saya bukan pemuja Tun M. Saya pernah mengkritik kepimpinannya dalam beberapa buah buku waktu beliau menjadi PM. Kalau saya hidup di Indonesia era Suharto, atau Singapura sekarang atau negara2 yang dikuasai diktator sudah pasti saya akan diamankan dalam tahanan.

Dia tegas, ada disiplin, berilmu, sangat yakin pada diri sendiri, seorang pemimpin yang berani menentang arus mempertahankan maruah bangsa, ugama dan negaranya.

Ini watak Tun M. Saya mengenali beliau sejak beliau menjadi doktor di Alor Star lagi. Banyak pesakit Melayu yang miskin datang ke kliniknya. Tidak berduit untuk membeli ubat. Dia bagi percuma, malah bagi duit tambang bas lagi. Dia tahu penderitaan bangsanya kerana dia dilahirkan dalam keluarga besar di Kedah yang kaya dengan kemiskinan.

Kalau tidak ada pesakit dia akan membaca menambah ilmu. Kerana dia cintakan ilmu dan terus menerus menguasai ilmu maka dia boleh bertahan selama 22 tahun sebagai PM.

Dia berjaya mengangkat martabat Melayu dan menjadikan Msia nama tersohor di pentas politik dunia kerana penghormatan dan kebijaksanaannya dalam politik, membangunkan negara dan menjalin hubungan akrab antara negara-negara Blok Ketiga untuk kemakmuran bersama.

Dia bukan boneka US apalagi Zionis atau tunduk pada Lee Kuan Yew. Bila dia dapat memulihkan ekonomi Msia dengan cepat selepas Soros menghancurkan ekonomi Asia pada tahun 1997 (Anwar gagal memulihkan ekonomi tau) Mahathir mendapat kepujian seorang pakar ekonomi yg mendapat Hadiah Nobel kerana kebijaksanaannya.

Mantan Presiden US, Clinton, dalam lawatannya ke Msia berkata dia dan kabinetnya mula memberi perhatian serius terhadap Mahathir dan Msia selepas dia berjaya mengatasi kemelut ekonomi tahun 1997. Siapa itu Mahathir. US mahu kenalnya dari dekat..

Orang boleh melabelkan Tun M sebagai diktator, Mahafiraun, apa saja tapi satu hal yang nyata dia ada visi, kaya dengan ilmu dan Msia tidak menjadi boneka US, Zionis atau tunduk pada Simngapura atau bermuka-muka mengemis sokongan kaum2 lain untuk mendapat sokongan mereka.Ini watak Tun M yang sebenar.

Bila pemimpin tidak mengenali kemiskinan rakyat kerana hidup serba mewah, miskin ilmu, berjiwa liberal, mengamalkan budaya foya-foya, rapuh semangat, kurang didikan ugama maka ia mudah terjebak dalam berbagai skandal yang memalukannya dan mencemarkan imej negara.

Pemimpin jenis ini tidak boleh bertahan lama kerana dia tidak punya keyakinan diri yang berteraskan ilmu dan didikan ugama yang kursani.Dia mudah dikhayal oleh kuasa dan takut hilang kuasa.

Semoga Allah kurniakan kita pemimpin yang sejiwa dan senada walau tak setanding Tun M…!

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.