Akauntan Kelar Leher 14 Ahli Keluarga Sebelum Bunuh Diri

Man allegedly kills 14 family members in Mumbai suburb

Mumbai – Seorang lelaki berusia 35 tahun membunuh 14 anggota keluarganya, termasuk tujuh kanak-kanak dengan pisau pemotong daging sebelum membunuh diri.

Kejadian berlaku selepas keluarga itu berkumpul untuk menghadiri majlis di sebuah rumah di Thane, kira-kira 32 kilometer dari Mumbai, lewat kelmarin.

“Penyerang, Hasnion Anwar Warekar, menggantung dirinya selepas mengelar leher semua anggota keluarganya termasuk ibu bapa,” kata jurucakap polis, Gajanan Laxman Kabdule.

Satu-satunya mangsa, adik Hasnion, dibawa ke hospital selepas jiran mendengar jeritannya meminta bantuan sejurus selepas tengah malam.

“Kami masih belum dapat menyoal wanita itu yang masih dalam trauma di hospital,” kata Kabdule.

Menurut beberapa media tempatan, Hasnion membunuh keluarganya selepas dipercayai mencampurkan bahan pengkhayal ke dalam makanan mereka.

Bagaimanapun, akhbar Indian Express melaporkan, akauntan bertauliah itu mengelar leher mangsanya selepas mereka memutuskan untuk tidur di rumah itu.

“Siasatan awal menunjukkan lelaki itu mengunci semua pintu dan melakukan pembunuhan itu ketika semua mangsa tidur. Kami menemui pisau berkenaan berhampiran mayatnya,” kata seorang lagi pegawai kanan polis Thane, Ashutosh Dumbre. – AFP/myMetro Online

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.