AirAsia X terbang ke Busan daripada 15 Julai

KUALA LUMPUR – AirAsia X akan memulakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Busan, Korea, daripada 15 Julai.

AirAsia X

AirAsia X

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata ia akan terbang terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae Busan, dengan penerbangan empat kali seminggu.

“Kemasukan AirAsia X ke Busan adalah sejajar dengan strategi penambahan kekerapan penerbangan ke beberapa pasaran Asia Pasifik, seperti Korea.

“Kami percaya langkah ini akan menjana permintaan perjalanan baharu daripada bandar raya itu dan kawasan sekelilingnya. Kami menganggarkan lebih 60 peratus penumpang AirAsia X menuju ke Busan dan daripada Busan, adalah pelawat kali pertama, dan ini akan menyumbang ketara kepada pertumbuhan pelancongan.

“Ia memberi peluang kepada AirAsia X untuk membuka segmen pasaran baharu dari Malaysia dan Busan, dengan tambang yang berpatutan,” kata ketua pegawai eksekutif AirAsia X, Azran Osman Rani.

AirAsia X akan menggunakan pesawat Airbus A330-300 dengan 12 tempat duduk flatbed premium dan 365 tempat duduk ekonomi.

Untuk meraikan pelancaran, AirAsia X menawarkan tambang promosi penuh daripada RM199 bagi kelas ekonomi dan RM699 bagi flatbed premium, bagi penerbangan satu hala antara Kuala Lumpur dan Busan.

Tiket penerbangan boleh ditempah dalam talian mulai 17-28 April untuk perjalanan antara 15 Julai dan 30 April, 2014. – Bernama

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.