Air Bawah Tanah Mungkin Tidak Selamat

Empangan-Selangor-565x375PETALING JAYA – Kumpulan pakar menggesa kerajaan Selangor supaya membuat kajian terpeinci sebelum mengepam air bawah tanah bagi mengatasi kekurangan air di negeri ini.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia, S. Piarapakaran berkata, perlu menganalisa kandungan kimia di dalam air kolam bekas lombong yang dirancang untuk dipam.

“Adakah mereka sudah melakukan analisis mengenai bahan karsinogenik (penyebab kanser) di sana?

“Lombong terbengkalai juga mempunyai kandungan radioaktif peringkat rendah,” katanya ketika dihubungi.

Piarapakaran berkata, pengepaman air bawah tanah di kawasan luar bandar biasanya tidak meberi kesan buruk ke atas alam sekitar.

Namun projek berskala besar perlu dilakukan penilaian mengenai kesan terhadap alam sekitar.

Piarapakaran juga mengingatkan bahawa pengambilan air bawah tanah juga boleh menyebabkan pemendapan tanah dan penurunan paras air bawah tanah.

“Ia akan menggalakkan rakyat menggali lebih dalam. Projek berskala besar boleh memberi kesan alam sekitar yang besar.

“Satu lagi masalah yang mungkin berlaku ialah peningkatan kes kebakaran terutama di musim kemarau kerana paras air bawah tanah semakin rendah akibat pengekstrakan,” kata Piarapakaran. – mStar Online

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.