Air Asia: Operasi menyelamat sedang dijalankan

image (14)

SHAH ALAM – Air Asia kini sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat setelah pesawat milik mereka dilaporkan hilang hari ini .

“Operasi mencari dan menyelamat sedang sedang dijalankan dan AirAsia bekerjasama penuh membantu perhidmatan menyelamat,” menurut kenyataan Air Asia hari ini.

Sementara itu, bagi membantu anggota keluarga dan rakan-rakan penumpang pesawat itu,  AirAsia telah menubuhkan pusat panggilan kecemasan di talian +622129850801.

Kemas kini berhubung perkara itu akan dimuat naik ke laman webwww.airasia.com.

Menurut AirAsia, pesawat jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu hilang perhubungan dengan pusat kawalan trafik pada jam 7.24 pagi ini.

Pesawat AirAsia dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura pagi ini setelah  dilaporkan terputus perhubungan dengan pusat kawalan udara.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.