Aidil Zafuan Kapten Baharu Harimau Malaya

imageBekas suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan Abdul Razak telah dipilih sebagai kapten pasukan bola sepak kebangsaan yang terbaharu menggantikan tugas yang pernah digalas Safiq Rahim sebelum ini.

Sementara itu, penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat (Apex) telah dilantik sebagai penolong ketua pasukan bagi membantu membimbing pasukan negara bagi menghadapi saingan pusingan kelayakan Piala Asia 2015.

Pemilihan Aidil dan Apex dibuat oleh jurulatih sementara pasukan tersebut, Datuk Ong Kim Swee dan mendapat persetujuan bersama daripada pengurus pasukan itu, Datuk Seri Subahan Kamal.

Wah, semakin bertambah rezeki Aidil lebih-lebih menjelang hari pernikahannya dengan kekasih, Zareema Zainal yang dijadualkan berlangsung pada pertengahan bulan Mac ini.

Apa-apa pun diharapkan prestasi Harimau Malaya akan kembali digeruni oleh pasukan lawan seperti beberapa tahun dahulu.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.