Ahli DAP tanding Bebas bakal berdepan dipecat

GELANG PATAH – Ahli DAP yang bertanding untuk tiket Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bakal berdepan dipecat keahlian.

Kit Siang

Kit Siang

Bagaimanapun, hukuman terbabit akan diringankan jika mereka yang terlibat membatalkan hasrat untuk bertanding.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, tindakan itu berlaku kerana ahli terlibat kecewa berikutan tidak dipilih selaku calon sehingga sanggup mengetepikan kepentingan parti.

Menurutnya, ahli DAP seharusnya lebih bersikap tertib dan berdisiplin dalam sesebuah keluarga (parti).

Malah katanya, kemenangan calon Bebas pada pilihan raya umum 2008 disebabkan oleh kepercayaan rakyat terhadap parti yang diwakili sebelum ini sekaligus bukannya kerana faktor individu.

“Sebelum ini juga ada yang tidak tercalon bertindak sedemikian dan bertanding Bebas, namun tewas dalam pilihan raya. Ada juga yang menang, tetapi kemenangan itu disebabkan keyakinan pengundi terhadap parti. Mereka perlu terima hakikat berkenaan.

“Jangan sesekali gadaikan perjuangan parti disebabkan berasa kecewa kerana tidak tercalon. Saya ingin tegaskan bahawa mereka boleh dipecat keahlian jika menjadi calon bebas.

“Bagaimanapun, parti akan memberi pertimbangan sewajarnya jika mereka mahu berundur daripada bertanding,” katanya pada sidang media ketika melakukan kunjungan ke Taman Nusa Perintis 2, di sini semalam.

Selain itu, Kit Siang mengakui proses penamaan calon yang berlangsung kelmarin juga dianggap sebagai bersejarah kerana berlaku dalam suasana aman tanpa insiden tidak diingini.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.